Rata-rata pendapat bijak pandai mengatakan, dalam apa jua tindakan yang kita laksanakan, output yang bakal terhasil adalah kesan daripada langkah pertama yang diambil. Bukan mudah untuk kita beranjak dari kedudukan semasa, samada seseorang yang telah merasakan comfort zone yang didiami sekian lama akan terus selesa ke akhirnya atau tiada keberanian untuk berpijak padu dan membuat langkahan pertama. Berbalik kepada kejadian asal manusia yang diciptakanNya, bermula dari saat kelahiran, seorang bayi perlu melalui fasa-fasa standard seperti meniarap, merangkak, berdiri seterusnya melangkah dan berlari deras.
Dalam kehidupan, sedar atau tidak sang dewasa juga perlu melalui semua fasa itu berkali-kali. Hanya yang terpilih akan terus berdiri tegap, berjalan bila perlu, berlari bila patut.
Semoga langkah pertama yang diambil mendapat redha DIA sehingga ke 1000 langkah menuju ke syurga.
"THE FIRST STEP IS TAKING THE FIRST STEP"